Thursday, 17 January 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA..

    ~ ~ LANGKAWI.. (11.01.2013 - 14.01.2013) ~ ~

                         




                           


                           


                             


                             






                 


                             



  
                           















                           


                           

Time bujang la boleh jalan-jalan dengan kawan-kawan..hehe (^_^)


SAHABATKU SELAMANYA..



                                                        
Semua orang didunia ada sahabat kan? mustahil kita tidak ada sahabat walaupun seorang.. Apa makna sahabat? Bagi saya, sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dihati kita.
Tanpa mereka, siapa jugalah kita kan? berikut saya senaraikan sikit antara hadis Nabi SAW berkenaan dengan makna sahabat..

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
Dalam islam sendiri ALLAH menggalakkan kita bersahabat,berteman,berkasih antara kita dan sebab itulah ALLAH menjadikan kita berbilang kaum dan warna kulit agar kita dapat saling kenal dan hormat-menghormati. Nah!ini terbukti apabila turunnya ayat :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Bersahabatlah kerana ALLAH, pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,  tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?.. =')



Friday, 21 December 2012




Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7)

Kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan?

Bersyukur! ya, itulah yang seharusnya.

Tetapi, bagaimana pula kalau kita diberikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian.

Berapa ramai yang ingin bersyukur?

Tepuk dada, tanya Iman.

Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur apabila menerima ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada apabila menerima ujian.

Beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

Fiman Allah: "Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (QS al-Baqarah : 177)

Saya pasti kalian pernah mendengar kata-kata ini:

"After every storm there is a rainbow"

Jadi, walau apa pun ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. 

Yakinlah dengan janji Tuhan.

Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat Berkat.

Fikirkan, setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan.Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.

Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri, kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan kelebihan tertentu.

Ingatlah, Allah menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. Seperti yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya. 

Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas.

Janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya bersyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya.

Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa. Dan ingatlah, Setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain.Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada.Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan.

Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan. 

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah.Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]

Kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya..InsyaAllah..


HOMESTAY SERI MANJUNG FASA 2B, PERAK

Kepada sesiapa yang ingin bercuti bersama keluarga, sanak saudara di Teluk Batik, Teluk Senangin, Lumut, Pangkor dan sewaktu dengannya mai la book homestay kami.. Harga cukup murah, Ruang cukup selesa, Kelengkapan semua disediakan. Homestay kami juga berdekatan dengan bandar, kedai-kedai dan sebagainya..dijamin tidak menyesal..baikkk punyee!! hehehehe.. (^___^)

1 malam untuk --> 4 bilik RM250
                           --> 3 bilik RM200

        check in   --> 02.00 pm
        check out --> 12.00 pm


SIGNBOARD


GAMBAR LUAR HOMESTAY 

                        

RUANG KELUARGA


RUANG MAKAN


BILIK UTAMA


BILIK KEDUA


BILIK KETIGA


BILIK KEEMPAT

                             

 MEJA SOLEK



DAPUR


TANDAS

____________________________________________

sebarang pertanyaan sila la hubungi kami di

OFFICE : 05-688 3392
MIZZ SHIDA : 0111-688 7193

Thursday, 18 October 2012



Wahai Muslimah Kesayangan Allah..

Sekiranya diri kita tidak didatangi lelaki, itu tidak bermakna diri kita tidak diinginkan..jangan khawatir kerana cinta Allah itu suatu yang sangat pasti. Sesungguhnya Allah sedang memelihara hati dan jiwa kita dari dikecewakan dan didatangi perasaan riak. Dekatkanlah diri kita kepada illahi, berilah cinta kita pada yang memiliki cinta, pasti cinta sejati kita akan kita temui jua..Tak usah berharap cinta pada insan yang kita sendiri tidak pasti..jadilah seperti Fatimah r.a, mendiamkan diri kepada lelaki yang disukainya..


Berdoalah kepada Allah..berdoa…dan terus berdoa…..
insyaallah, diri kita pasti dicari..

Berpeganglah dengan kata-kata ini:

" Jagalah Allah,  Allah Pasti Menjaga kita.. "

Wahai Muslimah..

Tak usah diri kita khawatir, berbuatlah sesuatu kerana Allah, dan bukannya kerana kritikan manusia, kerana mereka juga hamba Allah..

Walau diri kita tidak cantik didunia, walau diri kita tidak menjadi daya tarik didunia, Semoga diri kita menjadi yang terindah disyurga kelak..

Amin Yaa Robbal'Alamin..




"Nasihat Untukmu, Untukku Dan Untuk Kita Semua"

Ketika seringnya kita disakiti orang lain, Maka balaslah ia dengan memaafkannya..

Ketika seringnya kita dikecewakan orang lain, Maka balaslah ia dengan senyum keikhlasan..

Ketika seringnya kita dibohongi oleh orang lain, Maka balaslah ia dengan ketabahan hatimu..

Ketika seringnya kita dijahati oleh orang lain, Maka balaslah ia dengan selalu berbuat baik padanya..

Kerana disitulah letak kemenanganmu atasnya dan Kerana disitulah letak kehebatanmu atas dirinya..

Orang yg hebat dan menang bukanlah orang yg berhasil menyakitimu, menghancurkanmu dan membohongimu

Tetapi orang yg hebat dan menang adalah orang yg walau telah disakiti berkali-kali ia masih mampu tersenyum penuh keikhlasan, Saat ia hancur berkeping-keping ia masih boleh memaafkan dan dapat membalas kejahatan dengan kebaikan..

Mari tegakkan dalam hidup kita untuk jadi orang yg hebat lagi menang yang sesungguhnya Tiada guna membenci dan membalasnya Kerana besar atau kecil, baik atau buruk, Allah yg akan membalasnya..

Sebagaimana Firmannya :
"Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat biji zarrah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya." (QS. Al- Zalzalah : 7)

"Barang siapa mengerjakan keburukan/kejahatan seberat biji zarrah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya." (QS. Al- Zalzalah : 8)

Memaafkan akan menjadikan hidup kita lebih baik.. (^_^)

Seseorang yg menyimpan dendam dihatinya maka doanya tidak akan pernah diterima Allah.. 

"Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak melihat bentuk tubuhmu & tidak pula melihat ketampananmu, tetapi Allah melihat hatimu."



Tuesday, 16 October 2012


KELEBIHAN HARI SELASA DALAM ISLAM..
Rasulullah saw ditanya tentang hari Selasa, Maka Beliau menjawab : 
Hari Selasa adalah Hari Berdarah. 
Para sahabat bertanya : Mengapa demikian ya, Rasulullah? 
Lalu Beliau menjawab: Karena pada hari itulah Siti Hawa Haid & Putra Adam membunuh saudaranya sendiri. Sebagaian Ulama telah menjelaskan Bahwa pada hari selasa ada 7 Jiwa yang bernyawa dibunuh, diantaranya:
1.) Jurjais Bin Fathin as. dibunuh (Seorang pemuda ahli Ibadah, 
ia hidup pada masa raja Dardaniyah yang terkenal dengan penyembahan berhalanya)
2.) Wafatnya Nabi Yahya as.
3.) Wafatnya Nabi Zakaria as.
4.) Meninggalnya tukang sihir Fir’un
5.) Meninggalnya Asiah binti Muzahim isteri Fir’un
6.) Sahib, Sapi Betina Bani Israil disembelih
7.) Meninggalnya Habil putera Adam as.
Maka, barang siapa yang ingin berbekam hendaklah ia melakukan pada hari Selasa. Demikian 7 peristiwa yang berlaku pada hari Selasa yang dimana setiap peristiwa tersebut mempunyai hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil ikhtibar daripadanya.

AMALAN ZIKIR HARI SELASA..
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
(ALLAH HUMMA SOLLI ‘ALA MUHAMMAD WA ‘ALAAALII MUHAMMAD)