Thursday 18 October 2012



Wahai Muslimah Kesayangan Allah..

Sekiranya diri kita tidak didatangi lelaki, itu tidak bermakna diri kita tidak diinginkan..jangan khawatir kerana cinta Allah itu suatu yang sangat pasti. Sesungguhnya Allah sedang memelihara hati dan jiwa kita dari dikecewakan dan didatangi perasaan riak. Dekatkanlah diri kita kepada illahi, berilah cinta kita pada yang memiliki cinta, pasti cinta sejati kita akan kita temui jua..Tak usah berharap cinta pada insan yang kita sendiri tidak pasti..jadilah seperti Fatimah r.a, mendiamkan diri kepada lelaki yang disukainya..


Berdoalah kepada Allah..berdoa…dan terus berdoa…..
insyaallah, diri kita pasti dicari..

Berpeganglah dengan kata-kata ini:

" Jagalah Allah,  Allah Pasti Menjaga kita.. "

Wahai Muslimah..

Tak usah diri kita khawatir, berbuatlah sesuatu kerana Allah, dan bukannya kerana kritikan manusia, kerana mereka juga hamba Allah..

Walau diri kita tidak cantik didunia, walau diri kita tidak menjadi daya tarik didunia, Semoga diri kita menjadi yang terindah disyurga kelak..

Amin Yaa Robbal'Alamin..


2 comments: